なみかふなばし

なみかふなばし
I could spend my whole life just staring into the night sky

Monday 10 October 2016

Aku, Dia dan Epal 2

 Terasa berdebar hati Adila tatkala membuka bungkusan tersebut. Kotak yang berwarna kuning dan putih itu terasa misteri benar pada Adila. Sebaik sahaja melihat isi di dalam kotak itu, Adila menjerit keriangan.
“Sarah Adila! Kenapa jerit-jerit ni?!”
“Takde apa Bu. Dila nampak lipas je tadi. Besar!”
“Ada-ada je Dila ni.”
Adila tidak membalas. Dia lebih teruja apabila melihat isi di dalam kotak yang baru diterimanya. Sebakul epal hijau yang diterimanya terasa seperti baru memenangi cabutan bertuah. Kalau dia tahu siapa yang menghantar epal tersebut, pasti dipeluk cium orang itu. Ketika dia mengeluarkan bakul tersebut, Adila perasan akan sehelai kertas yang diselitkan di antara epal-epal itu. Dia mengeluarkan kertas tersebut lalu membacanya.
“Assalamualaikum. Kau cakap kau suka epal. Jadi terimalah epal yang tak seberapa ni. Aku harap suatu hari nanti kita berpeluang bertemu empat mata. Aku teringin sangat nak jumpa kau.
                                                                                                                    Ikhlas: Zaid Badri Bin Zamir Fadli.”
Sebaik sahaja mengetahui siapa pengirim epal tersebut. Adila menarik balik hasratnya untuk memeluk cium pengirimnya. Terasa kembang tekak bila bayangkan dia berpeluk dengan Zaid. Patutlah Zaid beria benar ingin mengetahui alamatnya tempoh hari. Dia pantas mencapai telefon pintarnya.
You are such a jerk! Ada ke pikat aku guna epal?”
Surprise!. Kau suka?”
“Memanglah suka tapi kenapa bagi banyak sangat?”
“Kalau kau nak selori pun aku boleh bagi. Suruh beli ladang epal tu pun boleh.”
“Ya Allah Zaid. Tak payahlah buat macam ni. Kita bukan ada hubungan apa-apa pun.”
“Sebab itulah aku nak kita ada hubungan. Please Adelle.”
Adila merasa bersalah. Tidak dinafikan, hatinya telah lama cair terhadap seorang lelaki yang bernama Zaid Badri. Tetapi, dia tidak sanggup membelakangkan hukum agama. Tambahan pula, dia perlu menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran. Dia anak sulung. Dialah harapan keluarga. Adik-adiknya yang ramai perlu disuap.
“Maaf. Aku tak boleh terima kau.”
Kelihatan Zaid sedang menaip sesuatu. Adila pantas menutup telefon pintarnya. Bakul epal yang berada di tepi ditolak jauh.

“Hai sayang!”
“Kau dah kenapa?”
“Eleh, kalau suka cakap je lah.”
Oh please. No way.”
“Aku nak tanya satu soalan boleh?”
“Apa dia?”
“Kau sayang aku?”
“Aku ingatkan apalah tadi.”
“Jawablah.”
“Taknak.”
“Jawablah.”
“Taknak.”
Please. Kalau kau taknak jawab, maknanya kau sayang akulah kan? Kan? Siapa yang tak sayang aku yang kachak lagi chomel ni kan?”
Adila menarik nafas sedalam mungkin. Zaid benar-benar menguji kesabarannya. Sebelum Zaid melalut lebih jauh lagi, lebih baik dia jawab sahaja pertanyaan Zaid.
“Zaid, sebelum kau masuk bakul angkat sendiri tinggi-tinggi lagi, baik kau dengar dulu jawapan aku. Bukan apa, aku takut nanti kalau dah tinggi sangat nanti jatuh berkecai macam tembikai pulak. Sebenarnya, aku sayang kau… sebagai kawan je. Kahkahkah.”
“Ceh! Kenapa susah sangat aku nak buat kau suka kat aku ni?”
“Sebab aku pakai ilmu pendinding. Mana boleh Senang-senang je nak suka kat orang. Dibuatnya kau tu pembunuh bersiri ke, ah long ke, tak ke naya aku nanti? Hahaha.”
“Kau rasa aku termasuk dalam golongan tu ke?”
“Entahlah. Tapi tak mustahil.”
“Kejamnya kau. Sampai hati kau fikir aku macam tu? Macam nilah kawan kan? Aku nak merajuklah macam ni.”
“Eleh, pergilah merajuk sana. Aku tak kisah pun. Nanti kau yang cari aku balik.”
Okay fine. Bye.”
Terbahak-bahak Adila ketawa. Nama sahaja lelaki, tetapi kuat merajuk. Buat malu kaum lelaki sahaja. Adila yakin, esok pasti Zaid akan menghantar mesej kepada dia lagi. Sudah banyak kali Zaid merajuk, esoknya pasti Zaid akan mencari Adila semula. Adila sudah masak dengan perangai Zaid yang satu itu. Dasar attention seeker.

Petang itu, Adila tidak mempunyai apa-apa aktiviti. Dia memutuskan untuk menonton filem Jepun yang dia telah muat turun ke komputer ribanya sebelum ini. Ketika sedang leka menonton, kedengaran lagu Loveless nyanyian Tomohisa Yamashita berkumandang daripada telefonnya menandakan ada mesej baharu yang diterimanya.
“Hai Adelle.”
“Dah habis merajuk?”
“Kenapa? Nak aku merajuk lagi ke?”
“Pergilah kalau nak.”
“Taknaklah. Aku nak sembang dengan kau. Rindu.”
“Eleh, mengada-ngada.”
“Apa salahnya mengada-ngada dengan orang yang aku sayang?”
See? Kau ni, aku ni bukannya lawa pun. Banyak lagi perempuan lain yang lagi lawa daripada aku. Pergilah suka orang lain.”
“Taknaklah.”
“Kenapa pulak?”
“Sebab dorang takde apa yang kau ada.”
Nonsense. Okeylah. Bye.”
“Alah. Tunggulah.”
“Aku busylah.”
“Aku minta maaf okey. Tunggulah.”
“Maaf diterima. Tapi aku ada banyak kerja ni.”
Okay fine. Bye.
“Assalamualaikum.”
“Wa’alaikumussalam.”
Telefon pintarnya ditutup. Adila tersenyum sendirian. Masih terbayang-bayang perbualannya bersama Zaid tadi. Zaid betul-betul menyenangkannya. “Astaghfirullah. Zina hati ni Dila… berhenti fikir pasal dia! Dia bukannya muhrim kau.” Lekas-lekas Adila menyedarkan diri. Adila menoleh ke dinding biliknya, sebakul pakaian yang perlu dilipatnya direnung lesu. “Ya Allah malasnya…” Adila mengeluh. Dengan berat hati Adila mula melipat pakaian.
Azan Maghrib mula berkumandang. Adila segera menghabiskan melipat pakaian yang tinggal sehelai dua lagi. Dia mahu segera menyelesaikan tugasnya. Takut terlambat menunaikan kewajipannya terhadap Allah. Selesai menunaikan solat, Adila memutuskan untuk membaca surah Yassin untuk disedekahkan kepada arwah atuknya. Esok merupakan tarikh pemergian atuknya ke rahmatullah yang ke sebelas. Semakin hari, rindunya terhadap arwah atuknya kian menebal.
Selesai sahaja membaca surah Yassin, azan Isyak berkumandang. Adila terus menunaikan solat Isyak. Ketika sedang melipat telekungnya, telefon pintarnya berbunyi. Ikutkan hatinya, terasa malas hendak melayan sesiapa. Hatinya terasa sayu. Bila memikirkan mesej yang diterima itu mungkin sesuatu yang penting, dia memaksa diri untuk membuka mesej itu.
“Hai Adelle. Sibuk ke?”
“Tak. Tapi aku takde mood nak chat.”
“Kenapa? Kau okey ke?”
Nothing. Aku okey.”
“Kalau kau ada masalah bagitahu jelah.”
“Takde apa. Aku rindu arwah atuk aku je.”
Air mata Adila mula berjuraian.
Do you want me to cheer you up?
“Cubalah kalau boleh.”
“Pada zaman dahulu, ada seorang penternak yang sangat kaya. Penternak itu menternak pelbagai haiwan ternakan. Seperti lembu, kambing dan ayam. Semua haiwan ternakannya sangat menyayangi tuan mereka kerana kebaikannya. Suatu hari, peladang tersebut tiba-tiba menghilangkan diri. Si lembu yang terlalu rindu akan tuannya berasa sangat sedih. Si kambing pun menegur, “kenapa dengan kau, Lembu?” lalu si lembu pun menjawab, “aku terlalu rindukan tuan kita.” Si kambing mengangguk. “Ya. Aku juga rindukan tuan kita. Entah di manalah dia sekarang.” Mendengarkan kata-kata si kambing, si lembu tersebut berasa bertambah sedih lalu terus berkata, “sebenarnya aku tau di mana dia sekarang.” Si kambing terkejut, “di mana?!” “Tuan kitalah yang sedang membaca perbualan kita sekarang ni.” Kata lembu.”
“hahahahaha… dan kau lembu tu? Hahaha.”
“yang ni tak lawak.”
“Yalah. Aku minta maaf. Terima kasih sebab hiburkan aku walaupun part yang lawaknya tu cuma part aku fikir yang kau lembunya. Hahaha.”
My pleasure.
Perbualan mereka berlanjutan sehingga lewat malam.  Ada sahaja perkara lucu yang diberitahu Zaid sehingga membuat Adila tergelak sendirian. Adila juga tidak risau dimarahi ibunya kerana dia yakin ibunya sudah tidur memandangkan sudah lewat malam.

Hubungan Adila dan Zaid yang sudah semakin rapat sudah diketahui ahli kumpulan Facebook yang disertai mereka. Rata-rata daripada mereka suka mengusik keintiman hubungan mereka walaupun tidak bercouple.
“Sarah Adila. Berhati-hati dengan Zaid Badri.”
Mesej yang diterima daripada seorang gadis yang bernama Rasya mengundang tanda tanya Adila. Memang Adila pernah mendengar beberapa desas-desus tentang Zaid Badri daripada rakan-rakannya yang lain. Tetapi Adila yakin Zaid sudah berubah. Nalurinya kuat mengatakan Zaid yang dia kenal adalah Zaid yang baharu, bukan lagi Zaid yang lama.
Walaupun Adila memilih untuk mengabaikan mesej itu, dia tetap lebih berhati-hati dengan Zaid. Ketika Adila sedang berchatting dengan rakannya yang sudah berpindah sekolah, Zaid telah menghantar mesej kepada Adila.
“Assalamualaikum, Adelle. Ada sesuatu yang aku nak bagitau kau. Aku minta maaf sebab rahsiakan benda ni daripada kau. Sebenarnya aku ada kanser paru-paru. Keadaan aku sekarang dah teruk.”
“Astaghfirullah. Kau serius ke?”
“Adelle, takkanlah aku nak main benda macam ni?”
“Ya Allah… tahap berapa dah?”
“Tahap 3.”
Terasa luruh hati Adila. Sudah berulang kali dia menasihatkan Zaid untuk berhenti merokok. Tetapi dia degil. Bagaikan tidak percaya, dia bertanya lebih kepada Zaid.
“Tipu. Send gambar ubat kau.”
Satu gambar ubat-ubatan dihantar kepada Adila. Adila tidak percaya. Dia terfikir, mungkin itu gambar yang diambil Zaid dari dalam internet.
“Aku tak percaya. Zoom kat nama kau.”
Pelbagai alasan diberi Zaid. Adila dapat mengesan sesuatu yang tidak kena. Kerana malas hendak bertekak, Adila membiarkan Zaid tanpa membalas debat yang berlangsung tadi. Adila mematikan komputer ribanya seraya menukar posisi baringnya. Siling yang putih itu direnung kosong. Sukar untuk dia menghadam kata-kata Zaid. Segalanya terasa begitu mengejut bagi Adila.

Adila bagaikan cacing kepanasan. Apa yang dibuatnya terasa serba tidak kena. Ada sesuatu yang betul-betul mengganggu fikirannya. Orang yang ditunggu-tunggu masih belum online. Adila resah. Sudah dua hari Zaid tidak online. Dia sudah bertanya kepada beberapa rakan karib Zaid tetapi hampa, tiada siapa tahu di mana Zaid. Dia terfikir, mungkin Zaid tidak menipu tentang penyakitnya. Adila terasa menyesal kerana meragui Zaid. Namun dia tetap dapat merasakan seperti ada sesuatu yang disembunyikan oleh Zaid.
Adila melihat jam di dinding, 2.33 pagi. Dia pantas mengambil wuduk untuk menunaikan solat sunat hajat. Dia ingin memohon agar dapat mengetahui perkara sebenar. Dia semakin keliru dengan semua perkara yang berlaku. Siapa Zaid sebenarnya?
Esoknya, sesuatu yang telah lama dinantikan Adila akhirnya terjadi. Zaid online! Tuhan sahaja tahu betapa gembiranya perasaan dia ketika itu. Malangnya, kegembiraan itu tidak bertahan lama.
“Kenapa lama tak online?”
“Dah habis data. Hehe.”
“Okay.”
“Adelle?”
“Ya.”
“Aku minta maaf.”
Reason?
“Aku tipu kau. Aku takde kanser pun sebenarnya. Kawan-kawan aku ada bagitau yang kau cari aku. Aku tak tahu pula kau risau sampai macam ni sekali.”
Adila tidak mampu memberikan sebarang respon. Marah, sedih, kecewa, semuanya bercampur baur.
“Adelle, aku minta maaf.”
Not that easy bro.”
Balas Adila lalu terus log out Facebooknya. Dia menghabiskan harinya dengan termenung. Terasa sistem otaknya ketika itu berbelit seperti gumpalan benang. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.

Dalam kedinginan pagi, Adila terdengar azan Subuh sedang berkumandang. Dia pantas bangun seraya mencapai tualanya. Kakinya terasa berat benar hendak ke bilik air. Adila terfikir, mungkin ketika ini ada ahli keluarganya yang lain sedang menggunakan bilik air. Memikirkan kemungkinan dia terpaksa berebut bilik air, Adila kembali melabuhkan punggungnya ke atas katil. Ketika jam penggera telefonnya berbunyi, pantas Adila mencapai telefon pintarnya untuk mematikan jam penggera tersebut. Aplikasi Messenger dibuka. Ada beberapa mesej daripada beberapa group chat yang disertainya. Kesemuanya tidak berjaya menarik minat Adila. Dia juga menerima beberapa mesej daripada Zaid tetapi turut diabaikan. Sudah beberapa hari Adila menyepikan diri daripada Zaid. Amarahnya masih belum reda. Mana tidaknya, kanser bukanlah suatu penyakit yang boleh dibuat main. Telefon pintarnya dimatikan. Dia pantas mengatur langkah menuju ke bilik air.
Setelah selesai mandi dan solat subuh, Adila termenung di jendela biliknya. Dingin pagi yang menyapa pipi Adila terasa menenangkan. Dingin pagi itu sedingin hatinya terhadap Zaid. Susah benar rasanya hendak memaafkan Zaid. Tidak pernah Adila berasa semarah ini. Hatta semasa adiknya menumpahkan air di atas lukisannya dulu pun api kemarahannya tidak seteruk ini. Mengapa? Adila terfikir, mungkin sudah tiba masanya untuk dia memaafkan Zaid. Hendak berdendam pun tidak guna.
Setelah memaafkan Zaid, hubungan mereka pulih seperti sedia kala. Tiada lagi sisa kemarahan dalam hati Adila. Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Adila perasan tentang perubahan sikap Zaid. Zaid tidak lagi menegurnya setiap hari seperti kebiasaannya. Zaid juga tidak semesra dulu. Adila cuba menyiasat perkara sebenar. Akhirnya Adila tahu, Zaid sudah menjumpai pengganti. Patut sahaja hati Adila berasa berat untuk menerima tawaran Zaid dahulu. Rupanya Zaid masih tidak berubah. Masih tetap dengan perangainya itu.
Tidak dapat digambarkan perasaan Adila ketika itu. Apa yang pasti, dia kecewa. Bila difikirkan semula, Adila tidak berasa terlalu kecewa kerana mereka tidak mempunyai apa-apa hubungan. Tetapi perasaan sayangnya terhadap Zaid terlalu sukar untuk dikikis. Terasa perasaannya seperti dipermainkan. Tetapi Adila juga lega, setidaknya dia berjaya menahan nafsu remajanya daripada bercouple. Sudah beberapa kali dia hampir tewas. Dalam diam, Adila berdoa agar Zaid bakal menerima nasib yang sama sepertinya. Dia bukan hendak berdendam, tetapi dia mahu Zaid mendapat pengajarannya.

EPILOG

“Assalamualaikum. Aku nak minta maaf lepas apa yang aku buat dekat kau dulu. Aku dapat rasa masa tu kau sebenarnya dah mula sayang kat aku. Aku jugak tahu yang hati kau hancur masa tu. Aku minta maaf. Aku dah dapat kifarah aku. Aku dah rasa apa yang kau rasa. Sekali lagi aku minta maaf.”
Adila langsung tidak menyangka akan menerima mesej itu. Dia juga tidak menyangka doanya dahulu termakbul. Perkara itu sudah lama dia lupakan. Senyuman diukir. Pantas Adila menaip.
“Wa’alaikumussalam. Alhamdulillah kau dah sedar. Aku harap lepas ni kau tak ulang lagi perbuatan kau ni. Aku maafkan kau.”
Adila tersenyum apabila teringat kejadian tersebut. Jam ditangannya dipandang sekilas. Sudah 15 minit dia menunggu di bawah terik mentari, dia menyeka peluh di dahi. Kelibat yang ditunggu-tunggu tetap belum muncul. Air Milo yang dibeli tadi pun sudah tinggal separuh. Tudungnya yang sudah sedikit senget dibetulkan. Cermin matanya yang sudah melorot ke bawah juga dinaikkan semula. Matanya ligat memerhatikan gelagat puluhan manusia di sekelilingnya.
“Assalamualaikum. Sarah Adila binti Badrul?”
Adila menoleh. Seorang lelaki yang tinggi berdiri disebelahnya sambil menjinjing sebuah beg plastik yang kelihatan sarat. Dia terpaksa mendongak untuk melihat wajah lelaki tersebut.
“Wa’alaikumussalam. Zaid Badri bin Zamir Fadli?”
Yup! Akhirnya dapat jugak jumpa kau. Dah lama aku teringin nak jumpa kau. Tapi…”
“Tapi apa?”
“Tapi kenapa dalam gambar kau nampak tinggi?” kata Zaid seraya ketawa berdekah-dekah.
“Weh kejamnya kau! Baru jumpa dah kutuk aku.” Cawan Milo yang masih berada di tangan terasa mahu sahaja dicampak ke muka Zaid. Nasib baik Adila masih mampu berfikiran waras.
“Ya lah, yalah. Aku minta maaf. Nah epal. Aku lambat sebab pergi beli epal ni lah tadi.” Adila berpaling ke arah lain. Muncungnya sudah setebal 5 inci.
“Nak ke taknak? Kalau taknak aku ambik bawa balik? Tengah panas ni sedap buat jus epal.” pantas Adila berpaling seraya merampas plastik epal dari tangan Zaid.
“Terima kasih.” Ucap Adila separuh terpaksa.
“Sama-sama. Nak rupanya. Tadi ingatkan taknak.” Usik Zaid.
Kini, Adila dan Zaid sama-sama bakal menuntut di universiti yang sama di Perak. Zaid juga sudah berubah. Dia tidak lagi merokok dan mempermainkan hati perempuan. Setelah 4 tahun menjalin persahabatan di alam maya, mereka akhirnya berpeluang untuk berjumpa. Sengaja Adila memilih untuk bertemu di hadapan Menara Condong itu bagi memudahkan mereka berdua yang masih baru dengan persekitaran Perak.
Siapa tahu, pertemuan mereka telah membawa hubungan mereka ke tahap yang seterusnya. Pada tahun terakhir mereka menuntut di universiti, mereka telah mengikat tali pertunangan. Mereka akhirnya di ijabkabulkan setelah setahun bertunang.

TAMAT

Aku, Dia dan Epal

“Assalamualaikum, terima kasih sebab sudi berkawan dengan saya. Boleh kenalkan diri?”

Mesej yang diterima dari laman sosial Facebook dibaca berulang kali oleh Adila. “Dia ni biar betul?” kata hatinya. Adila kemudian melorotkan matanya ke arah gambar profil lelaki yang baru menghantar mesej tadi. “Not bad. Tapi… apa motif dia tegur aku? Ikhlas ke? Ke sebab ada udang di sebalik mi?” Setelah agak lama berfikir, Adila memutuskan untuk membalas mesej tersebut. Apa salahnya? Tak balas nanti kata sombong pula.

“Wa’alaikumussalam. Nama saya Sarah Adila binti Badrul. 16 tahun dan berasal daripada Klang. Anything else that you want to know?

“Oh. Ada. Bila tarikh lahir? Lahir kat mana? Suka warna apa? Suka makan apa? Suka minum apa? Sekolah kat mana? Kelas apa? Berapa orang adik-beradik? Berapa lelaki? Berapa perempuan? Anak ke berapa? Siapa nama ayah? Siapa nama ibu? Siapa nama nenek? Siapa nama atuk?”

Adila berasa teragak-agak ingin membalas mesej tersebut. Bagi dirinya, perangai Zaid menjengkelkan. Sangat menjengkelkan. Tetapi, dia risau andai dirinya dianggap sombong. Adila memutuskan untuk menukar topik perbualan.

“Hahaha. Gediklah kau. Taknak kenalkan diri?”

“Zaid Badri bin Zamir Fadli. 16 tahun dan berasal dari Kuala Selangor. Anything else that you want to know?”

“Perli aku ya dia ni? Tunggu kau.”

“Oh. Ada. Bila tarikh lahir? Lahir kat mana? Suka warna apa? Suka makan apa? Suka minum apa? Sekolah kat mana? Kelas apa? Berapa orang adik-beradik? Berapa lelaki? Berapa perempuan? Anak ke berapa? Siapa nama ayah? Siapa nama ibu? Siapa nama nenek? Siapa nama atuk?”

“27 Februari 1998. Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Hitam. Benda yang boleh dimakan. Benda yang boleh diminum. SMK Syed Muzaffar. Kelas 4 Sastera. Tiga orang. Seorang. Dua orang. Anak sulung. Zamir Fadli bin Ahmad. Maria Fazira binti Hassan. Fatimah binti Ali Muhammad. Ahmad bin Jusoh.”

“Ya ampun. Dia betul-betul jawab? Haish, semacam je dia ni.” Adila bermonolog sendirian.

“Okey.”

“Saya nak panggil awak apa?”

People call me Adila. Tapi Dila pun boleh.”

“Taknaklah. Saya panggil Adelle, boleh? Hehe”

Adila mula berasa meluat.

“Suka hati kau lah.”

“Ikhlas ke tu?”

“Ya.”

“Awak tak jawab lagi soalan-soalan saya.”

“Soalan apa?”

“Bila tarikh lahir? Lahir kat mana? Suka warna apa? Suka makan apa? Suka minum apa? Sekolah kat mana? Kelas apa? Berapa orang adik-beradik? Berapa lelaki? Berapa perempuan? Anak ke berapa? Siapa nama ayah? Siapa nama ibu? Siapa nama nenek? Siapa nama atuk?”

“Do I really have to answer those?”

“Yes.”

Okay fine! 8 Februari 1998. Klinik Annur Shah Alam. Hijau. Epal. Tea? SMK Taman Klang Indah. 4 Perubatan. Empat. Seorang. Tiga orang. Anak sulung. Badrul bin Zulkhairi. Hasma binti Kamarul. Aminah binti Rahmat. Zulkhairi bin Bustamam. Satisfied?”

Yes. Thanks sebab jawab soalan-soalan tu.”

Mesej itu dibiarkan. Epal di tangan terus digigit. Adila kembali melayari news feed Facebooknya. Kebanyakan status yang muncul dalam news feed Facebooknya adalah daripada rakan-rakan alam mayanya yang dia kenal dari dalam sebuah kumpulan yang ditubuhkan dalam Facebook. Adila terpanggil untuk memberi komen pada salah satu status yang telah dimuatkan oleh Faizul di dalam kumpulan Facebook.
Seperti biasa, gurauan Faizul adakalanya agak kasar. Adila sudah masak dengan perangai Faizul. Sebab itu dia tidak kisah. Tiba-tiba Zaid muncul.

“Weh Faizul, kau ni tak reti hormat perempuan ke?! Agak-agak lah sikit!” Komen Zaid.

“Eh Zaid. Biarlah dia. Aku dah biasa dengan dia. Dia memanglah macam ni. Tapi dia baik sebenarnya.”

Langsung Adila tidak terfikir bahawa tindakannya mempertahankan Faizul akan membawa pertengkaran yang berlarutan. Pergaduhan antara Zaid dan Faizul masih belum menemui penyelesaiannya. Adila memilih untuk menasihati Zaid melalui private message.

Just what is wrong with you? I told you that’s how he is! Aku dah masak dengan perangai dia. So why bother? He was just kidding anyway.”

“Itu ke yang awak panggil bergurau? Gurauan dia terlalu kasar. Moreover, awak tu perempuan. Bagi saya, dia tak respect perempuan. Kenapa perlu back up dia? Atau awak dengan dia ada apa-apa?!”

“Eh suka hati akulah. Aku tak kacau kau pun.”

“Macam nilah. Saya tegur awak dengan niat nak berkawan. But if this is the way you treat me. Never mind, you can forget about it.

Adila terkedu. Rasa bersalah mula bersarang dalam hati. Adila cuba merangka ayat yang perlu di balas. Dia merenung mesej pada skrin komputer ribanya sehingga dot hijau pada nama Zaid hilang sekaligus menandakan Zaid sudah offline. Mesej itu terbiar tanpa balasan.  Adila melihat jam dindingnya, 5.33 pagi. Satu lagi malam tanpa tidur. Suatu perkara biasa bagi Adila kerana sudah bertahun-tahun dia menghidap Insomnia.

Adila bingkas bangun untuk bersiap ke sekolah. Dia terpaksa bersiap lebih awal kerana dia perlu berjalan selama 30 minit ke sekolah. Lebih lambat dia siap, lebih lewatlah dia ke sekolah. Setelah siap menyarungkan pakaian sekolahnya, Adila menuju ke dapur untuk bersarapan. Ibunya masih belum terjaga daripada tidur. Kesihatan ibunya sering terganggu sejak kebelakangan ini. Adila menikmati sarapan secara ala kadar dan memulakan perjalanannya ke sekolah.

Perhimpunan rasmi pada pagi itu berjalan dengan lancar. Adila sebagai pengawas sekolah diwajibkan untuk berdiri di belakang barisan pelajar. Ketika guru kaunseling sedang memberikan ucapan, pandangan mata Adila menjadi berpinar-pinar. Tali lehernya yang tiba-tiba terasa menjerut leher dilonggarkan. Dia cuba berjalan ke arah surau sekolah yang berada berdekatan dengan tapak perhimpunan. Namun disebabkan penglihatan yang terhad, Adila sentiasa berlanggar dengan pokok dan tiang yang terdapat sepanjang jalan ke surau. Baru beberapa langkah masuk ke dalam, Adila rebah ke lantai.

Entah berapa lama dia tidak sedarkan diri, Adila akhirnya terjaga. Kepalanya terasa berdenyut. Pandangannya masih kabur. Telinganya dapat menangkap suara pengetua yang sedang memberi ucapan. Perhimpunan masih belum tamat. Adila menggagahkan diri untuk berjalan ke arah sofa yang berada di dalam surau itu. Dia memilih untuk melelapkan matanya seketika. Mana mungkin dia menjalankan tugas pengawasnya dalam keadaan sedemikian. Puan Margarita, guru penasihat badan pengawas, pasti mengerti keadaannya.

Sekali lagi Adila terjaga. Dia melihat sekeliling, kosong. Dia cuba menajamkan pendengarannya, senyap. Yang kedengaran cuma suara guru-guru yang kedengaran sayup sedang mengajar dari dalam kelas.

“Ya Allah, dah berapa lama aku terlelap ni? Dah lah aku tak pakai jam. Dalam surau ni pula takde jam. Entah-entah dah habis masa Fizik. Apa aku nak jawab nanti?” Tanpa membuang masa lagi, Adila berlari keluar dan mengambil begnya yang telah diletakkan di kantin sebelum perhimpunan tadi. Dia menuju ke makmal Fizik. Kelihatan sesi pembelajaran seperti sudah lama dimulakan. Adila mengetuk pintu makmal yang sengaja ditutup. Sejurus sahaja dia masuk ke dalam, ke semua mata tertumpu kepada Adila.

“Assalamualaikum Cikgu.” Ucap Adila sambil memberikan senyuman yang dibuat-buat lalu menundukkan sedikit kepalanya.

“Wa’alaikumussalam.” Setelah salamnya dijawab, Adila berlari anak ke tempat duduknya.

“Ravi, aku lambat sangat ke?” Ravi melihat jam di tangannya.

“Mana ada. Lebih kurang lima minit je.”

“Nasib baik. Okay thanks.


Class, today, I want you to write a summary about the article that I gave you earlier. If possible, finish it by tomorrow. And Adila, I want you to collect them tomorrow.” Tiada jawapan.

Adila? Are you listening?” Sekali lagi panggilan Teacher Azlina tidak mendapat respon daripada Adila.

“Dila! Teacher panggil you tu!” Lamunan Adila terhenti apabila Michelle yang duduk disebelahnya menepuk bahunya berulang kali.

Sorry. What was it, Teacher?”

“I want you to collect the summaries tomorrow. Can you do that?"

Sure. I’ll hand them to you tomorrow. You want them before or after recess?”

“Immediately. Okay class, start your summary now. Please, put your best foot forward. You are an SPM candidates already. Do not put your excuses as an albatross around your neck.”

“Dila, are you okay? Awak nampak lainlah sekarang ni. Awak macam ada problem je. Awak nak cerita kat saya ke?” Ternyata gadis Cina yang mempunyai kulit putih melepak itu perasan akan perubahan dirinya. Sebagai Pembimbing Rakan Sebaya juga, Michelle sedar akan tanggungjawabnya untuk membantu rakan sekelasnya.

Don’t worry. I’m okay. Maybe saya mengantuk je ni. Well, you know me right?” Adila berdalih. Kalau nak diceritakan masalahnya pun, belum tentu Michelle dapat membantu. Lebih baik simpan sendiri sahaja.

Fikiran Adila kembali melayang. Kata-kata akhir daripada Zaid terus-menerus menembusi kotak fikiran Adila. Apa yang berlaku pagi tadi masih berada di dalam benaknya. Entah mengapa dia tidak dapat melupakan Zaid. Disebabkan rasa bersalahkah? Dia pun tiada jawapannya. Dia sudah nekad. Petang ini, dia akan meminta maaf kepada Zaid. Kalau tak, selagi itulah dia merasa bersalah.


“Hah! Dila ni selagi belum petang, selagi tulah Dila tak balik. Dila buat apa kat sekolah tu lama-lama? Lepas tu, dah tau hujan bukannya nak call ayah suruh jemput ke apa. Boleh pula mandi hujan macam ni. Dila, Dila…” Puan Hasma membebel diikuti dengan gelengan kepala.

“Ibu, Dila nikan budak pandai lagi bijaksana. Mestilah ada banyak kelas tambahan. Nanti kalau result SPM Dila kebaboom ibu juga yang bangga. Kan? Kan? Lagi satu, best apa mandi hujan? Sejuk.” Kata Dila sambil masuk bakul angkat bakul sendiri.

“Ada sahaja jawapan Dila ya. Dah pergi mandi sana. Bau tu boleh bau dari Kutub Utara sampai Kutub Selatan.”

“Bau ‘wangi’ ni membuktikan Dila pergi sekolah. Takkanlah ulang-alik panjat bangunan tiga empat tingkat macam buruh binaan tak berpeluh? Lainlah kalau Dila pergi lepak di mall yang ada air-cond tu. Ulang alik seratus kali pun tak berpeluh.”

“Jangan banyak cakap. Pergi mandi sana.”

“Baik Puan.” Adila mengekek ketawa.

Setelah selesai mandi dan menunaikan solat Asar. Adila menuju ke dapur untuk mengisi perutnya yang terbiar kosong sejak tengah hari tadi. Ibunya muncul ketika Adila sedang mencuci pinggannya.

“Tulah Dila. Orang lain kalau time macam ni dah evening tea. Yang Dila pula baru nak evening lunch. Kenapa tak tidur terus kat sekolah tu?” Adila hanya memandang kosong terhadap ibunya lalu berjalan ke arah peti sejuk. Sebiji epal dicapai dan dibasuh.

“Tak bolehlah ibu. Nanti rindu nak dengar ibu membebel.” Kata Adila sambil berlari keluar dari dapur. Ibunya hanya mampu menggeleng kepala melihat kerenah anak daranya.

Kepala Adila mula berasa sakit sekali lagi. Adila mengatur langkah menuju ke biliknya yang bersaiz 4m x 5m itu. Telefon pintarnya yang berada di atas meja belajarnya dicapai. Dia kemudian menghenyakkan punggungnya ke atas katil. Denyutan di kepalanya terasa semakin rancak. Epal yang masih belum dimamah diletakkan di atas meja belajarnya. Kepalanya terasa seperti hendak pecah. Dalam menahan sakit, Adila tetap menggagahkan diri menaip mesej kepada Zaid.

“Assalamu’alaikum. Hai Zaid. I would like to say sorry for what happened yesterday. Kau still marah aku ke?”

Beberapa jam berlalu, masih tiada jawapan. Adila mula berasa gelisah. Ya Allah, dia tidak betah hidup dalam rasa bersalah. Ketika dia sedang bergelut dengan rasa sakit kepala, kedengaran bunyi daripada telefon bimbitnya.

“Wa’alaikumussalam. Yes, I am! Saya cuma nak lindung awak. Was that even a crime?
             
We’ll discuss about this later. I’m not feeling very well right now. On the way balik sekolah tadi aku terpaksa redah hujan. Bukan sebab takde option lain tapi memang aku saja. Because of feeling guilty maybe.

“Okey. awak rehatlah dulu. Saya minta maaf kalau saya punca awak redah hujan tadi.”

Adila beredar ke dapur untuk mencari Panadol bagi melegakan sakit kepalanya. Tapi sia-sia, ternyata stok Panadol di rumahnya sudah habis. Hendak bertanya ibunya, ibunya baru sahaja keluar bersama ayahnya. Mahu membuat panggilan kepada ibunya pula, dia sudah kehabisan kredit. Tiada pilihan lain lagi, Adila terpaksa menahan sakitnya sehingga sakitnya hilang sendiri.


9.30 malam. Sakit kepalanya sudah beransur pulih. Adila bercadang untuk manyambung kerja sekolahnya yang tertangguh petang tadi dek sakit kepalanya. Ketika itulah telefon pintarnya sekali lagi berbunyi.

“Awak sakit lagi ke? Get well soon okay.”

“Dah tak sakit lagi. Thanks for your concern. Kau masih marahkan aku?”

“Tak. Sekarang ni saya yang kena minta maaf dengan awak sebab saya punca awak sakit.”

It’s okay lah. Dah biasa pun. By the way, drop that saya-awak. Kau-aku je okey? Aku lebih selesa macam tu.”

No problem. Eh? Betul ke kau okey ni?”

“Betullah. Anggap kita seri je lah. Hahaha”

Okay then. Kau tengah buat apa sekarang ni?”

“Nothing. Tadi ingat nak buat homework tapi rasanya nantilah. Nak rehat kejap.”

“Erm… kira aku mengganggulah ni. Kalau macam tu takpelah. Kau buatlah homework kau dulu. Lain kali kita chat lagi. Assalamualaikum.”

“Wa’alaikumussalam.” Jawabnya dari dalam hati.
Something is wrong with him. But what? Well, let’s just go along with his game first. Kalau jadi something nanti pandai-pandailah aku nak bertindak. Berani dia nak lawan aku? Huh!”

“Dila, apa cakap sorang-sorang ni? Homework dah siap ke?” Adila tiba-tiba disergah ibunya. Entah sejak bila Puan Hasma tercegat di depan pintu bilik Adila.

“Nak buatlah ni ibu. Ibu nak tidur dah ke?”

“Belum lagi kot. Kenapa?”

“Saja tanya. Hehe.” Puan Hasma menggelengkan kepala lalu beredar. Kalau dilayan sampai bila-bila pun tak habis. Harap badan je besar, tapi perangai adik Adila yang baru berusia sebelas tahun pun lebih matang.


Nota Biologinya sudah hampir siap. Adila mengerling jam yang tersangkut di dinding, hampir pukul 3 pagi. Bagaikan tidak serik, sekali lagi Adila diserang sakit kepala.

“Ya Allah, tak habis lagi ke sakit kepala ni? Dari pagi sampai ke pagi balik. Dulu tak pernah pun sampai macam ni. Kalau macam ni aku pergi tidur je lah. Nota Bio tu esok aku siapkan kat sekolah je lah. Sempat kot, Insya Allah.”


“Dila! Bangunlah. Dah lambat ni.” Terkejut ibunya apabila melihat Adila masih melingkar di atas katil. Jam sudah menunjukkan 6.42 pagi. Faktor kesuntukan masa menyebabkan Puan Hasma terpaksa mengejutkan Dila sekali lagi.

“Tak laratlah ibu. Kepala Dila sakit ni.” Mendengarkan kata-kata Adila, Puan Hasma terus melabuhkan punggung di birai katil anaknya lalu meletakkan telapak tangannya di atas dahi Adila. Panas.

“Kan dah demam. Seronok sangat main hujan semalam kan? Dah. Hari ni tak payah ke sekolah. Tapi, pergi bangun solat subuh dulu. Lepas tu tidurlah kalau nak tidur pun.”

Dengan kudrat yang masih bersisa, Adila menggagahkan diri untuk menunaikan solat subuh. Badannya terhuyung-hayang ke kiri dan kanan ketika berjalan ke arah bilik air yang terletak agak berjauhan daripada bilik tidurnya. Pagi itu, dia menunaikan solat secara duduk. Setelah selesai, Adila berbaring semula di atas katil. Sungguh dia berasa lemah. Adila cuba melelapkan matanya namun setelah setengah jam, dia masih gagal untuk tidur. Puan Hasma muncul dengan sebesen air dan kain lap. Dia menuam kain yang lembab itu pada dahi anaknya.

Enam belas tahun membesarkan Adila, Adila jarang demam. Tetapi bila demam, memang teruk sebegini. Mujur Puan Hasma seorang suri rumah sepenuh masa, dapat juga dia menjaga Adila tanpa memikirkan hal kerja.

“Dila, nak sarapan tak?” tanya Puan Hasma sambil mengusap kepala anaknya. Adila menggeleng lemah.

“Nanti kalau nak sarapan pergi dapur ya? Tadi ibu dah masak nasi goreng.” Kata Puan Hasma lalu beredar.

Adila yakin, dia bukan demam kerana berhujan semalam kerana dia sudah berasa sakit kepala sejak pagi itu lagi. Adila ingin memberitahu ibunya tentang apa yang berlaku pagi semalam. Tetapi dia takut ibunya akan bersusah hati. Mungkin juga ibunya terpaksa membawa dia ke klinik untuk menjalani pemeriksaan. Pasti beratus ringgit yang perlu dibayar. Dalam keadaan ekonomi keluarganya yang tidak menentu, Adila tidak sanggup menambah beban di bahu ibubapanya. Biarlah apa yang berlaku terhadap dirinya disimpan sendiri. Tambahan pula, Dila beranggapan yang dia sakit kerana tertekan dengan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar, kakak dan anak. Tanpa disedari, Adila telah terlelap.


“Dila, bangun. Makan dulu. Dari tadi tak makan lagi.” Puan Hasma mengejutkan Adila. Adila membuka matanya. Kepalanya terasa berat. Dia memakai cermin matanya lalu jam di dinding dikerling sekilas. 11.23 pagi.

“Taknaklah ibu. Dila takde selera.”

“Dila, makanlah sikit. Lepas tu makan ubat. Biar cepat sikit kebah demam tu. Dila mana boleh cuti lama-lama. Tahun depan dah nak SPM. Periksa akhir tahun pun dah dekatkan?”

“Tapi ibu…” tidak sempat Adila menghabiskan kata-katanya, Puan Hasma sudah menyuapkan sesudu nasi ke mulut Adila.

“Jangan banyak cakap. Makan. Tak padan sakit pun degil lagi.” Kata Puan Hasma lalu menampar manja pipi Adila. Adila hanya mampu tersengih.

“Alah… petang nanti mesti Dila dah okey punya. Dila demam bukan lama pun selalunya. Ya lah, kan ‘Doktor’ Hasma ada.”

“Menjawab jelah kerjanya. Makan Cepat. Lepas tu makan ubat ni.”

Yes madam” jawab Dila seraya mengekek ketawa. Suka benar Dila bila dapat menyakat ibunya.

Setelah dipaksa menghabiskan sepinggan nasi, Adila disuruh pula oleh ibunya untuk memakan ubat demam yang dibeli oleh ayahnya tadi. Adila kembali berbaring setelah ibunya beredar. Kain lembab yang dituam di dahi Adila dibiarkan. Dek kerana baru lepas makan, Adila tidak bercadang untuk tidur. dia membuka aplikasi Wechat dan membaca satu per satu moment yang ditulis rakan-rakannya sejak malam tadi. Tiba-tiba telefonnya berbunyi setelah menerima satu mesej. Pelik juga Adila apabila mengetahui ada yang menghantar mesej kepadanya sedangkan waktu itu adalah waktu persekolahan.

“Morning! Pagi-pagi ni boleh online pulak. Tak sekolah ke?”

“Sekarang ni dah dekat pukul 12 kau kata pagi?”

“Biarlah. Hehehe. Tak sekolah ke?”

“Tak. Aku demam. Yang kau pulak?”

“Ponteng. Hehehe.”

“Baguslah tu.”

“Terima kasih.”

“Terima kasih?”

“Ya lah, kau kata aku bagus.”

“Ceh. I’m not even praising you. It’s a kiasan.”

“Tahulah. Eh? Boyfriend kau tak marah ke kau chat dengan aku?”

“Aku ada boyfriend ke? siapa yang nak kat boyish macam aku?”

“Eleh. Acah-acah merendah diri pulak. Padahal yang nak kat dia tu beratur panjang. Dasar poyo. Kahkahkah.”

“Aku tak tipulah. Hahaha.”

“Tipu, tipu. Aku tak percaya. Kahkahkah.”

“Tak percaya sudah, Mr Jerk.”

Adila tergelak sendirian. Dia mula menyenangi kehadiran Zaid. Ternyata tanggapannya tentang Zaid salah. Sebelum ini, Adila menganggap bahawa Zaid adalah seorang yang menjengkelkan. Benar kata orang, tak kenal maka tak cinta. Eh? Bukan jatuh cinta ya. Cuma Adila seronok berkawan dengan Zaid. perbualan mereka terhenti apabila Adila berasa mengantuk dek kerana kesan sampingan ubat yang dimakannya tadi.


Hari berganti minggu, minggu berganti bulan. Adila semakin rapat dengan Zaid. Hampir setiap hari mereka berchatting dalam laman sosial Facebook. Sehinggalah suatu hari…

“Adelle, aku tahu benda ni macam pelik tapi aku rasa aku kena bagitau kau benda ni.”

“Okey. Kenapa ni?”

“Aku tak tahu macam mana nak mula.”

Just say it. Tu pun susah.”

“Kita dah lama kawan kan?”

“Okey.”

“Aku dah kenal kau macam mana dan kau pun dah kenal aku macam mana.”

“Okey.”

“Aku suka kau. Kau nak tak couple dengan aku?”

Adila terkedu. Rona mukanya sudah bertukar merah. “He… likes… me?” Tidak semena-mena, kata-kata Ustaz Razak terngiang-ngiang di corong telinganya. “Haram hukumnya bercinta tanpa berniat untuk mengahwininya.” Adila yakin, pada usia sebegini tidak mungkin mereka sudah terfikir untuk bernikah. Tapi, dia tidak mahu membiarkan pelawaan Zaid tergantung tanpa jawapan.

I’m sorry. Aku cuma anggap kau sebagai kawan.”

“Tapi Adelle, I really love you.”

“Maaf. Kita teruskan sebagai kawan je okey? lagipun, kita ni jumpa pun tak pernah. Takkan tiba-tiba nak couple?”

Setelah berulang kali Adila memujuk, Zaid akhirnya bersetuju untuk meneruskan hubungan mereka sebagai sahabat. Seksa juga Adila nak meyakinkan Zaid tentang keputusannya. Dia menutup komputer ribanya. Langkah diatur menuju ke meja belajar lalu dia manyambung kerja sekolahnya yang tertangguh.


Alat kawalan jauh televisyen beberapa kali ditekan Adila. Tiada apa yang menarik perhatiannya untuk ditonton. Cuti akhir tahun yang telah bermula sejak dua minggu lalu amat menyeksakan bagi Adila. Televisyen ditutup lalu telefon pintarnya dicapai Adila. Dia memeriksa notification Facebooknya. Tiada apa yang penting. Dia melayari news feed pula. Ketika itulah dia terlihat satu gambar daripada Zaid. Zaid merokok! Sungguh dia benci dengan orang yang merokok. Selain daripada membazir, merokok juga ibarat menempah maut bagi Adila.
Sebagai kawan, Adila merasa bertanggungjawab untuk menegur Zaid daripada meneruskan tabiat buruknya itu. Dia membuka app Messenger. Kebetulan Zaid juga sedang online.

“Kau merokok?”

“Ya.”

“Tapi kenapa?”

“Saja seronok.”

“Saja seronok tempah mati? Like that?
“Mana ada.”
“Habis tu? Tak payahlah merokok weh. Takde untungnya.”
“Taknaklah.”
Ternyata Zaid masih berdegil. Adila cuba mencari jalan lain untuk memujuk Zaid. setelah puas memikirkan strategi yang perlu digunakannya, Adila mendapat satu idea.
“Zaid, kalau kau sayang aku, tolong berhenti merokok. Please.”
Tuhan sahaja yang tahu betapa gelinya Adila tatkala menaip mesej tersebut. Tapi dia terpaksa.
Okay fine. Aku cuba.”
Adila mengukirkan senyuman. Ternyata cubaannya berjaya.
Good. You have to know that I hate smoker.”
Adila sengaja cuba mencabar Zaid. Niatnya baik, dia tidak mahu Zaid cari masalah. Nyawa tiada galang gantinya. Hanya satu. Yang satu itulah yang perlu dijaga sebaik mungkin.
“Tapi kau kena tolong aku.”
“Insya Allah aku tolong yang mana aku mampu.”
“Yeay! Thanks Adelle.”
“It’s okay. Nothing muchlah.”
Setelah menamatkan perbualan, Adila terus log out akaun Facebooknya. Dia teringat akan tugasan yang perlu disiapkannya hari itu.

Petang itu, Adila melayari internet untuk mencari cara menghilangkan ketagihan merokok. Dia berhasil menemui beberapa kaedah tetapi dia masih berasa ragu dengan Zaid.
“Aku susah-susah search bagai ni, nanti betul ke si Zaid tu nak buat? Betul ke dia ni nak berhenti merokok?” Adila bermonolog sendirian. Matanya meliar ke arah apa yang tertera di skrin komputer ribanya. Gelas di sebelah komputer ribanya dicapai lalu diteguk sedikit isinya. Ketika fikiran Adila sedang berada di awang-awangan, adik lelakinya yang berusia lima tahun datang menghampiri sambil melangkah dengan berhati-hati agar tidak dikesan oleh kakaknya. Adila yang tidak perasan akan kehadiran adik lelakinya melompat terkejut kerana disakat adiknya.

Dia yang tidak mahu melepaskan adiknya begitu sahaja terus menangkap adiknya dan menggeleteknya sepuas hati. Puan Hasma tergelak besar melihat dua beradik itu berguling di atas lantai. “Dila, Dila… dah boleh jadi mak budak pun masih buat perangai macam budak-budak. Bilalah dia nak matang?” Getus hatinya. Sering terlintas dihatinya, bagaimana dia mahu melepaskan anaknya ke universiti suatu hari nanti? Adila seorang yang naïf. Dia tidak tahu bagaimana hidup di luar. Naluri keibuannya berasa berat bila memikirkan perkara sedemikian.
Ketika Adila sedang leka bermain bersama adiknya, kedengaran bunyi hon dari luar. Dia pantas berlari untuk melihat tetamu yang tidak diundang itu. Adila dapat melihat sebuah van kurier menunggu di hadapan pagar rumahnya. Seorang lelaki keluar daripada perut van tersebut sambil memegang sebuah kotak bersaiz sederhana.
“Boleh saya jumpa Cik Sarah Adila binti Badrul?”
“Ya, saya.”
“Ini bungkusan untuk Cik. Sila tanda tangan di sini.”
“Okey. Terima kasih.” Kata Adila seraya memberikan senyuman hormat kepada lelaki itu.
Adila melangkah masuk ke dalam dengan penuh tanda tanya. Siapakah penghantar bungkusan itu? Apa yang ada dalam bungkusan itu?
“Dila! Siapa tadi tu?” kedengaran suara ibunya menjerit dari ruang tamu.

“Orang salah rumah je, Bu.” Adila berdalih. Dia segera berlari ke dalam biliknya untuk mengelakkan ibunya ternampak bungkusan yang diterimanya.


.... to be continued ...