“Assalamualaikum,
terima kasih sebab sudi berkawan dengan saya. Boleh kenalkan
diri?”
Mesej yang diterima dari laman sosial
Facebook dibaca berulang kali oleh Adila. “Dia ni biar betul?” kata hatinya.
Adila kemudian melorotkan matanya ke arah gambar profil lelaki yang baru
menghantar mesej tadi. “Not bad. Tapi… apa motif dia tegur aku? Ikhlas
ke? Ke sebab ada udang di sebalik mi?” Setelah agak lama berfikir, Adila
memutuskan untuk membalas mesej tersebut. Apa salahnya? Tak balas nanti kata
sombong pula.
“Wa’alaikumussalam.
Nama saya Sarah Adila binti Badrul. 16 tahun dan berasal daripada Klang. Anything
else that you want to know?”
“Oh. Ada. Bila
tarikh lahir? Lahir kat mana? Suka warna apa? Suka makan apa? Suka minum apa?
Sekolah kat mana? Kelas apa? Berapa orang adik-beradik? Berapa lelaki? Berapa
perempuan? Anak ke berapa? Siapa nama ayah? Siapa nama ibu? Siapa nama nenek?
Siapa nama atuk?”
Adila berasa teragak-agak ingin membalas
mesej tersebut. Bagi dirinya, perangai Zaid menjengkelkan. Sangat
menjengkelkan. Tetapi, dia risau andai dirinya dianggap sombong. Adila
memutuskan untuk menukar topik perbualan.
“Hahaha. Gediklah
kau. Taknak kenalkan diri?”
“Zaid Badri bin
Zamir Fadli. 16 tahun dan berasal dari Kuala Selangor. Anything else that
you want to know?”
“Perli aku ya dia ni? Tunggu kau.”
“Oh. Ada. Bila
tarikh lahir? Lahir kat mana? Suka warna apa? Suka makan apa? Suka minum apa?
Sekolah kat mana? Kelas apa? Berapa orang adik-beradik? Berapa lelaki? Berapa perempuan?
Anak ke berapa? Siapa nama ayah? Siapa nama ibu? Siapa nama nenek? Siapa nama
atuk?”
“27 Februari 1998.
Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Hitam. Benda yang boleh dimakan. Benda yang
boleh diminum. SMK Syed Muzaffar. Kelas 4 Sastera. Tiga orang. Seorang. Dua
orang. Anak sulung. Zamir Fadli bin Ahmad. Maria Fazira binti Hassan. Fatimah
binti Ali Muhammad. Ahmad bin Jusoh.”
“Ya ampun. Dia betul-betul jawab? Haish,
semacam je dia ni.” Adila bermonolog sendirian.
“Okey.”
“Saya nak panggil
awak apa?”
“People call me
Adila. Tapi Dila pun boleh.”
“Taknaklah. Saya
panggil Adelle, boleh? Hehe”
Adila mula berasa meluat.
“Suka hati kau
lah.”
“Ikhlas ke tu?”
“Ya.”
“Awak tak jawab
lagi soalan-soalan saya.”
“Soalan apa?”
“Bila tarikh lahir?
Lahir kat mana? Suka warna apa? Suka makan apa? Suka minum apa? Sekolah kat
mana? Kelas apa? Berapa orang adik-beradik? Berapa lelaki? Berapa perempuan?
Anak ke berapa? Siapa nama ayah? Siapa nama ibu? Siapa nama nenek? Siapa nama
atuk?”
“Do
I really have to answer those?”
“Yes.”
“Okay fine!
8 Februari 1998. Klinik Annur Shah Alam. Hijau. Epal. Tea? SMK Taman
Klang Indah. 4 Perubatan. Empat. Seorang. Tiga orang. Anak sulung. Badrul bin
Zulkhairi. Hasma binti Kamarul. Aminah binti Rahmat. Zulkhairi bin Bustamam. Satisfied?”
“Yes. Thanks
sebab jawab soalan-soalan tu.”
Mesej itu dibiarkan. Epal di tangan terus
digigit. Adila kembali melayari news feed Facebooknya. Kebanyakan status
yang muncul dalam news feed Facebooknya adalah daripada rakan-rakan alam
mayanya yang dia kenal dari dalam sebuah kumpulan yang ditubuhkan dalam
Facebook. Adila terpanggil untuk memberi komen pada salah satu status yang
telah dimuatkan oleh Faizul di dalam kumpulan Facebook.
Seperti biasa, gurauan Faizul adakalanya agak
kasar. Adila sudah masak dengan perangai Faizul. Sebab itu dia tidak kisah.
Tiba-tiba Zaid muncul.
“Weh Faizul, kau ni tak reti hormat perempuan ke?! Agak-agak lah
sikit!” Komen Zaid.
“Eh Zaid. Biarlah dia. Aku dah biasa dengan dia. Dia memanglah macam
ni. Tapi dia baik sebenarnya.”
Langsung Adila
tidak terfikir bahawa tindakannya mempertahankan Faizul akan membawa
pertengkaran yang berlarutan. Pergaduhan antara Zaid dan Faizul masih belum
menemui penyelesaiannya. Adila memilih untuk menasihati Zaid melalui private
message.
“Just what is
wrong with you? I told you that’s how he is! Aku dah masak dengan perangai
dia. So why bother? He was just kidding anyway.”
“Itu ke yang awak
panggil bergurau? Gurauan dia terlalu kasar. Moreover, awak tu
perempuan. Bagi saya, dia tak respect perempuan. Kenapa perlu back up
dia? Atau awak dengan dia ada apa-apa?!”
“Eh suka hati
akulah. Aku tak kacau kau pun.”
“Macam nilah. Saya
tegur awak dengan niat nak berkawan. But if this is the way you treat me.
Never mind, you can forget about it.”
Adila terkedu. Rasa bersalah mula bersarang
dalam hati. Adila cuba merangka ayat yang perlu di balas. Dia merenung mesej
pada skrin komputer ribanya sehingga dot hijau pada nama Zaid hilang sekaligus
menandakan Zaid sudah offline. Mesej itu terbiar tanpa balasan. Adila melihat jam dindingnya, 5.33 pagi. Satu
lagi malam tanpa tidur. Suatu perkara biasa bagi Adila kerana sudah
bertahun-tahun dia menghidap Insomnia.
Adila bingkas bangun untuk bersiap ke
sekolah. Dia terpaksa bersiap lebih awal kerana dia perlu berjalan selama 30
minit ke sekolah. Lebih lambat dia siap, lebih lewatlah dia ke sekolah. Setelah
siap menyarungkan pakaian sekolahnya, Adila menuju ke dapur untuk bersarapan.
Ibunya masih belum terjaga daripada tidur. Kesihatan ibunya sering terganggu
sejak kebelakangan ini. Adila menikmati sarapan secara ala kadar dan memulakan
perjalanannya ke sekolah.
Perhimpunan rasmi pada pagi itu berjalan
dengan lancar. Adila sebagai pengawas sekolah diwajibkan untuk berdiri di
belakang barisan pelajar. Ketika guru kaunseling sedang memberikan ucapan,
pandangan mata Adila menjadi berpinar-pinar. Tali lehernya yang tiba-tiba
terasa menjerut leher dilonggarkan. Dia cuba berjalan ke arah surau sekolah
yang berada berdekatan dengan tapak perhimpunan. Namun disebabkan penglihatan
yang terhad, Adila sentiasa berlanggar dengan pokok dan tiang yang terdapat
sepanjang jalan ke surau. Baru beberapa langkah masuk ke dalam, Adila rebah ke
lantai.
Entah berapa lama dia tidak sedarkan diri,
Adila akhirnya terjaga. Kepalanya terasa berdenyut. Pandangannya masih kabur.
Telinganya dapat menangkap suara pengetua yang sedang memberi ucapan.
Perhimpunan masih belum tamat. Adila menggagahkan diri untuk berjalan ke arah
sofa yang berada di dalam surau itu. Dia memilih untuk melelapkan matanya
seketika. Mana mungkin dia menjalankan tugas pengawasnya dalam keadaan
sedemikian. Puan Margarita, guru penasihat badan pengawas, pasti mengerti
keadaannya.
Sekali lagi Adila terjaga. Dia melihat
sekeliling, kosong. Dia cuba menajamkan pendengarannya, senyap. Yang kedengaran
cuma suara guru-guru yang kedengaran sayup sedang mengajar dari dalam kelas.
“Ya Allah, dah berapa lama aku terlelap ni?
Dah lah aku tak pakai jam. Dalam surau ni pula takde jam. Entah-entah dah habis
masa Fizik. Apa aku nak jawab nanti?” Tanpa membuang masa lagi, Adila berlari
keluar dan mengambil begnya yang telah diletakkan di kantin sebelum perhimpunan
tadi. Dia menuju ke makmal Fizik. Kelihatan sesi pembelajaran seperti sudah
lama dimulakan. Adila mengetuk pintu makmal yang sengaja ditutup. Sejurus
sahaja dia masuk ke dalam, ke semua mata tertumpu kepada Adila.
“Assalamualaikum Cikgu.” Ucap Adila sambil
memberikan senyuman yang dibuat-buat lalu menundukkan sedikit kepalanya.
“Wa’alaikumussalam.” Setelah salamnya dijawab,
Adila berlari anak ke tempat duduknya.
“Ravi, aku lambat sangat ke?” Ravi melihat
jam di tangannya.
“Mana ada. Lebih kurang lima minit je.”
“Nasib baik. Okay thanks.”
“Class, today, I want you to write a
summary about the article that I gave you earlier. If possible, finish it by
tomorrow. And Adila, I want you to collect them tomorrow.” Tiada jawapan.
“ Adila? Are you listening?” Sekali
lagi panggilan Teacher Azlina tidak mendapat respon daripada Adila.
“Dila! Teacher panggil you tu!”
Lamunan Adila terhenti apabila Michelle yang duduk disebelahnya menepuk bahunya
berulang kali.
“Sorry.
What was it, Teacher?”
“I
want you to collect the summaries tomorrow. Can you do that?"
“Sure. I’ll hand them to you tomorrow. You
want them before or after recess?”
“Immediately. Okay class,
start your summary now. Please, put your best foot forward. You are an SPM
candidates already. Do not put your excuses as an albatross around your neck.”
“Dila, are you okay? Awak nampak lainlah sekarang
ni. Awak macam ada problem je. Awak nak cerita kat saya ke?” Ternyata
gadis Cina yang mempunyai kulit putih melepak itu perasan akan perubahan
dirinya. Sebagai Pembimbing Rakan Sebaya juga, Michelle sedar akan
tanggungjawabnya untuk membantu rakan sekelasnya.
“Don’t worry. I’m okay. Maybe saya
mengantuk je ni. Well, you know me right?” Adila berdalih. Kalau nak
diceritakan masalahnya pun, belum tentu Michelle dapat membantu. Lebih baik
simpan sendiri sahaja.
Fikiran Adila kembali melayang. Kata-kata
akhir daripada Zaid terus-menerus menembusi kotak fikiran Adila. Apa yang
berlaku pagi tadi masih berada di dalam benaknya. Entah mengapa dia tidak dapat
melupakan Zaid. Disebabkan rasa bersalahkah? Dia pun tiada jawapannya. Dia
sudah nekad. Petang ini, dia akan meminta maaf kepada Zaid. Kalau tak, selagi
itulah dia merasa bersalah.
“Hah! Dila ni selagi belum petang, selagi
tulah Dila tak balik. Dila buat apa kat sekolah tu lama-lama? Lepas tu, dah tau
hujan bukannya nak call ayah suruh jemput ke apa. Boleh pula mandi hujan
macam ni. Dila, Dila…” Puan Hasma membebel diikuti dengan gelengan kepala.
“Ibu, Dila nikan budak pandai lagi bijaksana.
Mestilah ada banyak kelas tambahan. Nanti kalau result SPM Dila kebaboom
ibu juga yang bangga. Kan? Kan? Lagi satu, best apa mandi hujan? Sejuk.”
Kata Dila sambil masuk bakul angkat bakul sendiri.
“Ada sahaja jawapan Dila ya. Dah pergi mandi
sana. Bau tu boleh bau dari Kutub Utara sampai Kutub Selatan.”
“Bau ‘wangi’ ni membuktikan Dila pergi
sekolah. Takkanlah ulang-alik panjat bangunan tiga empat tingkat macam buruh
binaan tak berpeluh? Lainlah kalau Dila pergi lepak di mall yang ada air-cond
tu. Ulang alik seratus kali pun tak berpeluh.”
“Jangan banyak cakap. Pergi mandi sana.”
“Baik Puan.” Adila mengekek ketawa.
Setelah selesai mandi dan menunaikan solat
Asar. Adila menuju ke dapur untuk mengisi perutnya yang terbiar kosong sejak
tengah hari tadi. Ibunya muncul ketika Adila sedang mencuci pinggannya.
“Tulah Dila. Orang lain kalau time
macam ni dah evening tea. Yang Dila pula baru nak evening lunch.
Kenapa tak tidur terus kat sekolah tu?” Adila hanya memandang kosong terhadap
ibunya lalu berjalan ke arah peti sejuk. Sebiji epal dicapai dan dibasuh.
“Tak bolehlah ibu. Nanti rindu nak dengar ibu
membebel.” Kata Adila sambil berlari keluar dari dapur. Ibunya hanya mampu
menggeleng kepala melihat kerenah anak daranya.
Kepala Adila mula berasa sakit sekali lagi.
Adila mengatur langkah menuju ke biliknya yang bersaiz 4m x 5m itu. Telefon
pintarnya yang berada di atas meja belajarnya dicapai. Dia kemudian
menghenyakkan punggungnya ke atas katil. Denyutan di kepalanya terasa semakin
rancak. Epal yang masih belum dimamah diletakkan di atas meja belajarnya.
Kepalanya terasa seperti hendak pecah. Dalam menahan sakit, Adila tetap
menggagahkan diri menaip mesej kepada Zaid.
“Assalamu’alaikum.
Hai Zaid. I would like to say sorry for what happened yesterday. Kau still
marah aku ke?”
Beberapa jam berlalu, masih tiada jawapan.
Adila mula berasa gelisah. Ya Allah, dia tidak betah hidup dalam rasa bersalah.
Ketika dia sedang bergelut dengan rasa sakit kepala, kedengaran bunyi daripada
telefon bimbitnya.
“Wa’alaikumussalam.
Yes, I am! Saya cuma nak lindung awak. Was that even a crime?”
“We’ll discuss
about this later. I’m not feeling very well right now. On the way balik
sekolah tadi aku terpaksa redah hujan. Bukan sebab takde option lain
tapi memang aku saja. Because of feeling guilty maybe.”
“Okey. awak
rehatlah dulu. Saya minta maaf kalau saya punca awak redah hujan tadi.”
Adila beredar ke dapur untuk mencari Panadol
bagi melegakan sakit kepalanya. Tapi sia-sia, ternyata stok Panadol di rumahnya
sudah habis. Hendak bertanya ibunya, ibunya baru sahaja keluar bersama ayahnya.
Mahu membuat panggilan kepada ibunya pula, dia sudah kehabisan kredit. Tiada
pilihan lain lagi, Adila terpaksa menahan sakitnya sehingga sakitnya hilang
sendiri.
9.30 malam. Sakit kepalanya sudah beransur
pulih. Adila bercadang untuk manyambung kerja sekolahnya yang tertangguh petang
tadi dek sakit kepalanya. Ketika itulah telefon pintarnya sekali lagi berbunyi.
“Awak sakit lagi
ke? Get well soon okay.”
“Dah tak sakit
lagi. Thanks for your concern. Kau masih marahkan aku?”
“Tak. Sekarang ni
saya yang kena minta maaf dengan awak sebab saya punca awak sakit.”
“It’s okay lah.
Dah biasa pun. By the way, drop that saya-awak. Kau-aku je okey? Aku
lebih selesa macam tu.”
“No problem. Eh?
Betul ke kau okey ni?”
“Betullah. Anggap
kita seri je lah. Hahaha”
“Okay then.
Kau tengah buat apa sekarang ni?”
“Nothing. Tadi
ingat nak buat homework tapi rasanya nantilah. Nak rehat kejap.”
“Erm… kira aku
mengganggulah ni. Kalau macam tu takpelah. Kau buatlah homework kau
dulu. Lain kali kita chat lagi. Assalamualaikum.”
“Wa’alaikumussalam.” Jawabnya dari dalam
hati.
“Something is wrong with him. But what?
Well, let’s just go along with his game first. Kalau jadi something nanti
pandai-pandailah aku nak bertindak. Berani dia nak lawan aku? Huh!”
“Dila, apa cakap sorang-sorang ni? Homework
dah siap ke?” Adila tiba-tiba disergah ibunya. Entah sejak bila Puan Hasma
tercegat di depan pintu bilik Adila.
“Nak buatlah ni ibu. Ibu nak tidur dah ke?”
“Belum lagi kot. Kenapa?”
“Saja tanya. Hehe.” Puan Hasma menggelengkan
kepala lalu beredar. Kalau dilayan sampai bila-bila pun tak habis. Harap badan
je besar, tapi perangai adik Adila yang baru berusia sebelas tahun pun lebih
matang.
Nota Biologinya sudah hampir siap. Adila
mengerling jam yang tersangkut di dinding, hampir pukul 3 pagi. Bagaikan tidak
serik, sekali lagi Adila diserang sakit kepala.
“Ya Allah, tak habis lagi ke sakit kepala ni?
Dari pagi sampai ke pagi balik. Dulu tak pernah pun sampai macam ni. Kalau
macam ni aku pergi tidur je lah. Nota Bio tu esok aku siapkan kat sekolah je
lah. Sempat kot, Insya Allah.”
“Dila! Bangunlah. Dah lambat ni.” Terkejut
ibunya apabila melihat Adila masih melingkar di atas katil. Jam sudah
menunjukkan 6.42 pagi. Faktor kesuntukan masa menyebabkan Puan Hasma terpaksa
mengejutkan Dila sekali lagi.
“Tak laratlah ibu. Kepala Dila sakit ni.”
Mendengarkan kata-kata Adila, Puan Hasma terus melabuhkan punggung di birai
katil anaknya lalu meletakkan telapak tangannya di atas dahi Adila. Panas.
“Kan dah demam. Seronok sangat main hujan
semalam kan? Dah. Hari ni tak payah ke sekolah. Tapi, pergi bangun solat subuh
dulu. Lepas tu tidurlah kalau nak tidur pun.”
Dengan kudrat yang masih bersisa, Adila
menggagahkan diri untuk menunaikan solat subuh. Badannya terhuyung-hayang ke
kiri dan kanan ketika berjalan ke arah bilik air yang terletak agak berjauhan
daripada bilik tidurnya. Pagi itu, dia menunaikan solat secara duduk. Setelah
selesai, Adila berbaring semula di atas katil. Sungguh dia berasa lemah. Adila
cuba melelapkan matanya namun setelah setengah jam, dia masih gagal untuk
tidur. Puan Hasma muncul dengan sebesen air dan kain lap. Dia menuam kain yang
lembab itu pada dahi anaknya.
Enam belas tahun membesarkan Adila, Adila
jarang demam. Tetapi bila demam, memang teruk sebegini. Mujur Puan Hasma
seorang suri rumah sepenuh masa, dapat juga dia menjaga Adila tanpa memikirkan
hal kerja.
“Dila, nak sarapan tak?” tanya Puan Hasma
sambil mengusap kepala anaknya. Adila menggeleng lemah.
“Nanti kalau nak sarapan pergi dapur ya? Tadi
ibu dah masak nasi goreng.” Kata Puan Hasma lalu beredar.
Adila yakin, dia bukan demam kerana berhujan
semalam kerana dia sudah berasa sakit kepala sejak pagi itu lagi. Adila ingin
memberitahu ibunya tentang apa yang berlaku pagi semalam. Tetapi dia takut
ibunya akan bersusah hati. Mungkin juga ibunya terpaksa membawa dia ke klinik untuk
menjalani pemeriksaan. Pasti beratus ringgit yang perlu dibayar. Dalam keadaan
ekonomi keluarganya yang tidak menentu, Adila tidak sanggup menambah beban di
bahu ibubapanya. Biarlah apa yang berlaku terhadap dirinya disimpan sendiri.
Tambahan pula, Dila beranggapan yang dia sakit kerana tertekan dengan
tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar, kakak dan anak. Tanpa disedari, Adila
telah terlelap.
“Dila, bangun. Makan dulu. Dari tadi tak
makan lagi.” Puan Hasma mengejutkan Adila. Adila membuka matanya. Kepalanya
terasa berat. Dia memakai cermin matanya lalu jam di dinding dikerling sekilas.
11.23 pagi.
“Taknaklah ibu. Dila takde selera.”
“Dila, makanlah sikit. Lepas tu makan ubat.
Biar cepat sikit kebah demam tu. Dila mana boleh cuti lama-lama. Tahun depan
dah nak SPM. Periksa akhir tahun pun dah dekatkan?”
“Tapi ibu…” tidak sempat Adila menghabiskan
kata-katanya, Puan Hasma sudah menyuapkan sesudu nasi ke mulut Adila.
“Jangan banyak cakap. Makan. Tak padan sakit
pun degil lagi.” Kata Puan Hasma lalu menampar manja pipi Adila. Adila hanya
mampu tersengih.
“Alah… petang nanti mesti Dila dah okey
punya. Dila demam bukan lama pun selalunya. Ya lah, kan ‘Doktor’ Hasma ada.”
“Menjawab jelah kerjanya. Makan Cepat. Lepas
tu makan ubat ni.”
“Yes madam” jawab Dila seraya mengekek
ketawa. Suka benar Dila bila dapat menyakat ibunya.
Setelah dipaksa menghabiskan sepinggan nasi,
Adila disuruh pula oleh ibunya untuk memakan ubat demam yang dibeli oleh
ayahnya tadi. Adila kembali berbaring setelah ibunya beredar. Kain lembab yang
dituam di dahi Adila dibiarkan. Dek kerana baru lepas makan, Adila tidak
bercadang untuk tidur. dia membuka aplikasi Wechat dan membaca satu per
satu moment yang ditulis rakan-rakannya sejak malam tadi. Tiba-tiba
telefonnya berbunyi setelah menerima satu mesej. Pelik juga Adila apabila
mengetahui ada yang menghantar mesej kepadanya sedangkan waktu itu adalah waktu
persekolahan.
“Morning! Pagi-pagi
ni boleh online pulak. Tak sekolah ke?”
“Sekarang ni dah
dekat pukul 12 kau kata pagi?”
“Biarlah. Hehehe.
Tak sekolah ke?”
“Tak. Aku demam.
Yang kau pulak?”
“Ponteng. Hehehe.”
“Baguslah tu.”
“Terima kasih.”
“Terima kasih?”
“Ya lah, kau kata
aku bagus.”
“Ceh. I’m not
even praising you. It’s a kiasan.”
“Tahulah. Eh? Boyfriend
kau tak marah ke kau chat dengan aku?”
“Aku ada boyfriend
ke? siapa yang nak kat boyish macam aku?”
“Eleh. Acah-acah
merendah diri pulak. Padahal yang nak kat dia tu beratur panjang. Dasar poyo.
Kahkahkah.”
“Aku tak tipulah.
Hahaha.”
“Tipu, tipu. Aku
tak percaya. Kahkahkah.”
“Tak percaya sudah,
Mr Jerk.”
Adila tergelak sendirian. Dia mula menyenangi
kehadiran Zaid. Ternyata tanggapannya tentang Zaid salah. Sebelum ini, Adila
menganggap bahawa Zaid adalah seorang yang menjengkelkan. Benar kata orang, tak
kenal maka tak cinta. Eh? Bukan jatuh cinta ya. Cuma Adila seronok berkawan
dengan Zaid. perbualan mereka terhenti apabila Adila berasa mengantuk dek
kerana kesan sampingan ubat yang dimakannya tadi.
Hari berganti minggu, minggu berganti bulan.
Adila semakin rapat dengan Zaid. Hampir setiap hari mereka berchatting dalam
laman sosial Facebook. Sehinggalah suatu hari…
“Adelle, aku tahu
benda ni macam pelik tapi aku rasa aku kena bagitau kau benda ni.”
“Okey. Kenapa ni?”
“Aku tak tahu macam
mana nak mula.”
“Just say it. Tu
pun susah.”
“Kita dah lama
kawan kan?”
“Okey.”
“Aku dah kenal kau
macam mana dan kau pun dah kenal aku macam mana.”
“Okey.”
“Aku suka kau. Kau
nak tak couple dengan aku?”
Adila terkedu. Rona mukanya sudah bertukar
merah. “He… likes… me?” Tidak semena-mena, kata-kata Ustaz Razak
terngiang-ngiang di corong telinganya. “Haram hukumnya bercinta tanpa berniat
untuk mengahwininya.” Adila yakin, pada usia sebegini tidak mungkin mereka
sudah terfikir untuk bernikah. Tapi, dia tidak mahu membiarkan pelawaan Zaid
tergantung tanpa jawapan.
“I’m sorry. Aku
cuma anggap kau sebagai kawan.”
“Tapi Adelle, I
really love you.”
“Maaf. Kita
teruskan sebagai kawan je okey? lagipun, kita ni jumpa pun tak pernah. Takkan
tiba-tiba nak couple?”
Setelah berulang kali Adila
memujuk, Zaid akhirnya bersetuju untuk meneruskan hubungan mereka sebagai
sahabat. Seksa juga Adila nak meyakinkan Zaid tentang keputusannya. Dia menutup
komputer ribanya. Langkah diatur menuju ke meja belajar lalu dia manyambung
kerja sekolahnya yang tertangguh.
Alat kawalan jauh televisyen beberapa kali
ditekan Adila. Tiada apa yang menarik perhatiannya untuk ditonton. Cuti akhir
tahun yang telah bermula sejak dua minggu lalu amat menyeksakan bagi Adila.
Televisyen ditutup lalu telefon pintarnya dicapai Adila. Dia memeriksa notification
Facebooknya. Tiada apa yang penting. Dia melayari news feed pula.
Ketika itulah dia terlihat satu gambar daripada Zaid. Zaid merokok! Sungguh dia
benci dengan orang yang merokok. Selain daripada membazir, merokok juga ibarat
menempah maut bagi Adila.
Sebagai kawan, Adila merasa bertanggungjawab
untuk menegur Zaid daripada meneruskan tabiat buruknya itu. Dia membuka app
Messenger. Kebetulan Zaid juga sedang online.
“Kau merokok?”
“Ya.”
“Tapi kenapa?”
“Saja seronok.”
“Saja seronok tempah mati? Like that?”
“Mana ada.”
“Habis tu? Tak payahlah merokok weh. Takde untungnya.”
“Taknaklah.”
Ternyata
Zaid masih berdegil. Adila cuba mencari jalan lain untuk memujuk Zaid. setelah
puas memikirkan strategi yang perlu digunakannya, Adila mendapat satu idea.
“Zaid, kalau kau sayang aku, tolong berhenti merokok. Please.”
Tuhan
sahaja yang tahu betapa gelinya Adila tatkala menaip mesej tersebut. Tapi dia
terpaksa.
“Okay fine. Aku cuba.”
Adila
mengukirkan senyuman. Ternyata cubaannya berjaya.
“Good. You have to know that I hate smoker.”
Adila
sengaja cuba mencabar Zaid. Niatnya baik, dia tidak mahu Zaid cari masalah.
Nyawa tiada galang gantinya. Hanya satu. Yang satu itulah yang perlu dijaga
sebaik mungkin.
“Tapi kau kena tolong aku.”
“Insya Allah aku tolong yang mana aku mampu.”
“Yeay! Thanks Adelle.”
“It’s okay. Nothing muchlah.”
Setelah menamatkan perbualan, Adila terus log out
akaun Facebooknya. Dia teringat akan tugasan yang perlu disiapkannya hari itu.
Petang itu,
Adila melayari internet untuk mencari cara menghilangkan ketagihan merokok. Dia
berhasil menemui beberapa kaedah tetapi dia masih berasa ragu dengan Zaid.
“Aku
susah-susah search bagai ni, nanti betul ke si Zaid tu nak buat? Betul
ke dia ni nak berhenti merokok?” Adila bermonolog sendirian. Matanya meliar ke
arah apa yang tertera di skrin komputer ribanya. Gelas di sebelah komputer
ribanya dicapai lalu diteguk sedikit isinya. Ketika fikiran Adila sedang berada
di awang-awangan, adik lelakinya yang berusia lima tahun datang menghampiri
sambil melangkah dengan berhati-hati agar tidak dikesan oleh kakaknya. Adila
yang tidak perasan akan kehadiran adik lelakinya melompat terkejut kerana
disakat adiknya.
Dia yang tidak mahu melepaskan adiknya begitu sahaja terus
menangkap adiknya dan menggeleteknya sepuas hati. Puan Hasma tergelak besar
melihat dua beradik itu berguling di atas lantai. “Dila, Dila… dah boleh jadi
mak budak pun masih buat perangai macam budak-budak. Bilalah dia nak matang?”
Getus hatinya. Sering terlintas dihatinya, bagaimana dia mahu melepaskan
anaknya ke universiti suatu hari nanti? Adila seorang yang naïf. Dia tidak tahu
bagaimana hidup di luar. Naluri keibuannya berasa berat bila memikirkan perkara
sedemikian.
Ketika Adila sedang leka bermain bersama adiknya, kedengaran
bunyi hon dari luar. Dia pantas berlari untuk melihat tetamu yang tidak
diundang itu. Adila dapat melihat sebuah van kurier menunggu di hadapan pagar
rumahnya. Seorang lelaki keluar daripada perut van tersebut sambil memegang
sebuah kotak bersaiz sederhana.
“Boleh saya jumpa Cik Sarah Adila binti Badrul?”
“Ya, saya.”
“Ini bungkusan untuk Cik. Sila tanda tangan di sini.”
“Okey. Terima kasih.” Kata Adila seraya memberikan senyuman
hormat kepada lelaki itu.
Adila melangkah masuk ke dalam dengan penuh tanda tanya.
Siapakah penghantar bungkusan itu? Apa yang ada dalam bungkusan itu?
“Dila! Siapa tadi tu?” kedengaran suara ibunya menjerit dari
ruang tamu.
“Orang salah rumah je, Bu.” Adila berdalih. Dia segera berlari ke dalam biliknya untuk mengelakkan ibunya ternampak bungkusan yang diterimanya.
.... to be continued ...
No comments:
Post a Comment