Biha
berjalan perlahan menuruni anak tangga yang sudah rapuh itu, opahnya yang
sedang menonton televisyen diruang tamu didekati tanpa sedikit bunyi pun.
“Haaa
buat apa tu? Sampai bagi salam pun tak.” Tegur Opah tiba-tiba. Belum sempat dia
menyerang hendap opahnya.
“Alaaa…
Biha baru nak surprise opah. Hehe.”
Kata Biha sambil tersengih tatkala surprisenya
tak kesampaian. Pantas sahaja tangannya menyalami tangan tua itu. Rindunya
sudah tidak terkira. Sudah lama dia dan keluarga tidak berpeluang melawat opahnya
itu.
”
Opah, Opah masak apa hari ni? Biha rindu nak makan masakan Opah. Kitorang kan
dah lama sangat tak jumpa Opah” Opah tersenyum melihat gelagat cucu sulungnya
itu.
“Biha
nak makan apa? Opah tak sempat masak lagi ni. Tu lah, nak surprise sangatkan.”
“Biha tak kisah sebab Opah masak semua
sedap. Dapat ayam goreng pun dah happy
sangat hehe.”
Biha
tersenyum sendirian mengingat masa lalu. Lamunannya terhenti apabila jururawat
tiba-tiba memintanya untuk keluar sebentar untuk rutin rawatan opahnya. Sedih
rasanya setiap kali teringat saat-saat opahnya masih kuat dan sihat. Lain benar
Opah yang sekarang. Kurus, cengkung, anak cucunya juga sudah tak semua masih
dalam ingatan. Seringkali paksunya dating melawat, setiap kali itu juga Opah
tidak mengingati anaknya sendiri. Opah juga tidak lagi mampu menguruskan diri.
Sedih. Sebak. Takut. Seribu satu perasaan sering bermain dalam benak fikiran.
Malam
menjelang, wad 5A masih meriah dengan pesakit dan keluarga yang sedang berbuka
puasa dan bersembang. Opah seperti biasa, hanya terdiam lalu diselang-seli
aduan sakit disana sini. Makanan di biar sebentar, pantas sahaja tangannya
mengurut di mana perlu. Secebis senyuman terpaksa diukir walau sepahit hempedu.
Waktu
berlalu, sudah tiba masanya untuk tidur. Biha, yang sudah menjadi kebiasaannya
untuk tidur lewat, hanya duduk disisi katil Opah sambal bermain dengan telefon
pintarnya. Sedang asyik bermain, Opah mula merengek sakit. Telefonnya pantas
diletak ke tepi lalu mencari minyak panas yang diberi Ibu semalam. Dia mula
mengurut. Setelah reda rengekan Opah, Biha mencapai semula telefon pintarnya
lalu membuka surah Yassin untuk dibaca. Tidak sampai membaca empat ayat,
opahnya sudah mula merengek semula. Beberapa kali juga bacaannya terhenti dek
kerana rengekan opahnya.
Tidak
lama kemudian, entah kenapa Opah memanggilnya. Bila ditanya mengapa, Opah hanya
menggelengkan kepala. Dalam kegelapan malam, Opah menarik tangan Biha lalu
digenggam kemas. Tidak lama, Opah meminta Biha supaya baring disisi. Biha hanya
menurut. Air matanya mula berjurai tatkala Opah memeluknya. Imannya betul-betul
diuji malam itu. Seribu satu fikiran negatif yang bermain dalam fikiran sebaik
mungkin ditepis keluar.
Sepanjang
hujung minggunya kini digunakan untuk menemani opahnya di hospital. Hari ni dia
terpaksa pulang ke rumah untuk ke sekolah esok. Berat sungguh hatinya untuk
meninggalkan Opah dalam keadaan begitu. Untung sahaja Ampang ke Klang tidak
jauh. boleh juga mereka sekeluarga ulang alik sekiranya berlaku kecemasan.
Selang
beberapa hari kemudian, Khamis 11pm. Biha baru sahaja pulang dari kelas
tambahan apabila ibu memerima panggilan daripada paksu. Opah sudah tenat! Pantas
Biha berlari masuk ke rumah, mencapai apa yang sempat lalu bergegas ke dalam
kereta semula. Kolam matanya hampir sahaja memuntahkan isinya namun ditahan
juga. Sepanjang perjalanan, Biha sungguh tidak mampu berhenti berdoa yang
terbaik untuk Opah. Cebisan-cebisan memori mula berlayar dalam fikiran. Ayah,
hanya focus memandu. Ibu sudah tidak mampu berkata apa lagi. Adik-adiknya yang
masih tidak mengerti apa yang berlaku sudah lama dibuai mimpi.
45
minit berlalu, mereka tiba di hospital. Suasana wad kelihatan begitu suram. Katil
yang menempatkan Opah sudah ditutupi tirai. Yang hanya kedengaran cuma mesin-mesin
hospital dan suara doctor dan jururawat yang bertugas. Biha tak kuat, perlahan
kakinya melangkah menuju ke tingkap untuk menyembunyikan tangisnya yang sudah
lama ditahan. Dia tidak mahu menunjukkan air mata itu kepada ibu dan adik-adik
Ibu.
Masa
berlalu, doctor dan jururawat akhirnya keluar dari tirai yang menutupi katil
Opah.
”
Maaf, setakat ini sahaja yang mampu saya bantu. Sebaiknya, sudah tiba masa
untuk kita melepaskan beliau pergi.” Doctor berlalu untuk memberikan Biha
sekeluarga untuk menghabiskan saat-saat terakhir Opah disisi. Biha melangkah
perlahan ke dalam tirai. Sungguh terasa berat langkahnya tika itu. Kaki Opah
disentuh perlahan. Sejuk. Laju sahaja dia mencapai tangan Opah yang masih
bersisa rasa suam. Doa dan selawat tidak putus dibibir. Air matanya jatuh
sebanyak mungkin. Dari genggaman itu, sungguh jelas rasanya bila rasa suam di
tangan Opah perlahan-lahan menghilang.
Innalillahiwainnailaihirajiun.
Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Opah pergi meninggalkan
Biha sekeluarga pada malam Jumaat, 2.30 pagi, pada 10 malam terakhir Ramadhan. Sungguh
Opah beruntung, pergi di hari mulia pada bulan yang mulia.
Sebulan
berlalu setelah pemergian Opah. Biha masih lagi bersedih apatah lagi dengan
peperiksaan percubaan SPM yang semakin hampir. Hidupnya tidak keruan, jiwanya
terasa kosong, hidupnya terasa sepi. Dia terasa tidak kuat, tidak kuat untuk
menghadapi hidup tanpa Opah. Hidupnya seolah menanggung beban yang tak
tertanggung beratnya. Tiada lagi Opah yang memberinya kata semangat setiap kali
peperiksaan, tiada lagi tempat mengadu.
Mahu
atau tidak, hidup terpaksa diteruskan. Sekolah tetap dihadiri dengan jiwa yang
kosong. Keputusannya? Keputusan peperiksaan jatuh mendadak. Cikgu disekolah
mulai risau memandangkan peperiksaan SPM sudah hampir. Ketika itu juga, Biha
tersedar, keputusan itu, bukanlah apa yang dikehendaki Opah. Sekiranya itu
keputusannya untuk SPM nanti, sia-sia lah doa arwah Opah ketika beliau masih
hidup, sia-sia lah segala usaha yang dibuat oleh Opah.
Biha
mengutip semula cebisan kekuatan satu demi satu. Dia mula belajar semula. Apabila
dia mula terasa penatnya belajar tanpa ada tempat mengadu, terngiang-ngiang
semula kata-kata arwah Opah di dalam kotak fikirannya.
” Biha belajar rajin-rajin ya? Penat Ibu
Ayah cari rezeki untuk bagi Biha makan dan belajar. Nanti Biha dah kerja, Biha
pula tolong Ibu Ayah besarkan adik-adik.”
Note:
I’m truly sorry that I couldn’t finish this story properly because I got
emotional in the middle of the story. I’ll find some time soon to finish this
up in a very proper way. For your information, this story is dedicated for my
grandma who passed away on 10 July 2015. I grew up attached to her so I kind of
feel lost when she was gone. I couldn’t do anything to pay her back for now, so
I wrote this one specially to tribute and as a memento about us. I hope you
enjoy reading my short story even though my writing isn’t as good as before
anymore because I no longer have much time to write. Thank you.